Wednesday, November 19, 2008

MALAYSIAN SUPER SERIES, MALAYSIAN RALLY CHAMPIONSHIP DAN A1 GP



Minggu ni banyak event2 yang berkaitan dengan motorsport akan berlangsung. Di Sepang International Circuit (SIC) akan ada 3 event. Malaysian Super Series(MSS), Malaysian Rally Championship dan A1 Gp yang dah diwar-warkan dalam post sebelum ni. Ramai peminat sukan bermotor di Malaysia yang tak berapa tahu tentang MSS ni. Nak tau lebih lanjut kena la usha sendiri kat SIC hujung minggu ni. Event ni akan bermula pagi sebab di sebelah petang pula A1 GP akan berlangsung. So sepanjang minggu ni bermula 21 November hingga 23 november, SIC akan sibuk sikit la. Eh! Sibuk banyak sebab ada lagi satu event. LOL. Malaysian Rally Championship. Yaaa...Karamjit Sigh sedang mendahului selepas pusingan kelima di Johor Bharu. Event ni akan berlangsung pada 22 hingga 23 November. Jadi, siapa yang suka A1 bleh ke SIC dan siapa yang suka rally, bolehlah menghadirkan diri ke track rally yang ada di sekitar SIC. Masuk free, sebab korang semua kena duduk dalam hutan. LOL. Kat bawah ni ade venue pilihan yang boleh korang pilih untuk duduk lepak sambil tengok kereta-kereta rally. SANGATTTTTTTTTTTTT menarik dan korang semua mesti tengok.



Kat bawah ni peta untuk rujukan korang semua. Ingat, event ni dekat2 area SIC. Jangan korang sesat dekat ladang sawit orang pulak. LOL.


Overall Map

SOURCE

No comments:

SEPANG DRAG BATTLE 2008 ROUND 5 (FINAL BATTLE)

PERTS DVD PROMO

SETTING & BATTLE

PERTS SEARCH

Custom Search