Monday, December 8, 2008

RED BULL F1 TEAM TO QUIT F1?


Ada khabar angin yang mengatakan selepas Honda F1 Team yang bertindak untuk berundur diri daripada F1, akan diiringi pula oleh Red Bull F1 Team. Max Mosley orang kuat F1 berpendirian bahawa akan ada yang mengikut trend Honda selepas ini, dan Adam Par, ketua Mclaren F1 menganggarkan hanya 8 pasukan yang akan kekal untuk musim 2009.

Kita tahu Red Bull baru sahaja mengambil alih Toro Rosso. Mereka membeli sebanyak 50% saham dari Berger Motorsport. Apa yang menjadikan Red Bull diwar-warkan untuk mengikut jejak langkah Honda F1 Team? Ini kerana bukan Red Bull yang bermasalah, tetapi Toro Rosso dikatakan mendapat tempias masalah ekonomi semasa. Mereka dikatakan sedang mencari pembeli baru dan jika dilihat dari prestasi mereka di musim 2008, berkemungkinan besar agak sukar bagi mereka untuk mencari pemegang saham baru. Ini bermakna Red Bull tidak akan meletakkan pasukan mereka untuk musim 2009 selagi mereka tidak mempunyai rakan baru untuk menaja pasukan mereka.

Apa yang penting sekarang ialah, FOA perlu mencari jalan untuk mengurangkan kos perbelanjaan bagi setiap musim F1. Sememangnya perbelanjaan F1 meningkat sepangjang tahun. Labih banyak kos dibazirkan untuk 'luaran' perlumbaan. Kos perlu dipotong sehingga 40% sekiranya FOA berkehendakkan lebih banyak pasukan untuk musim depan.

No comments:

SEPANG DRAG BATTLE 2008 ROUND 5 (FINAL BATTLE)

PERTS DVD PROMO

SETTING & BATTLE

PERTS SEARCH

Custom Search